Jumat, 20 Desember 2013
Serangan Bom Di Baghdad 45 Orang Maut
.jpg)
BAGHDAD – Siri serangan bom di beberapa tempat di Iraq termasuk yang terancang di sini menyebabkan sekurang-kurangnya 45 maut terkorban pada ketika al-Qaida mendakwa bertanggungjawab kepada beberapa serangan baru-baru ini di kawasan utara Kurdish.
Serangan bom lewat malam tadi adalah hari ketiga berturut-turut pemberontak dapat melancarkan serangan sehingga mengakibatkan kematian yang ramai.
Serangan yang tidak henti-henti mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu kembali kepada saat pertumpahan darah selama bertahun-tahun selepas diceroboh kuasa asing diketuai Amerika Syarikat pada 2003.
Siri letupan bom yang menggegarkan ibu negara Iraq selepas tengah malam berlaku di sekurang-kurangnya lapan tempat berbeza. – AP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar