Jumat, 31 Januari 2014

Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh

Ketiga-tiga anak Feng dikatakan mewarisi genetik bekas isterinya.

BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Yakult Lady Galak Masyarakat Jaga Kesihatan


Ini adalah bahagian akhir daripada rencana empat siri mengenai Yakult, produk susu probiotik yang mengandungi sejenis bakteria baik iaitu lactobacillus casei Shirota.

TOKYO – Setiap pagi setelah lengkap berpakaian seragam biru ‘kotak-kotak’, Naomi Natsumi, akan berbasikal dengan ceria di sekitar pekan kecil Mizue, dekat Tokyo.

Basikal yang ditungganginya itu pula dilengkapi dengan kotak penyejuk yang diisi produk minuman untuk perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah.

Bagaimanapun, tugas yang digalas oleh wanita berusia 27 tahun ini bukan sekadar menghantar barang.

Dikenali sebagai ‘Yakult Lady’, selain menghantar produk yang ditinjauankan Yakult, pengeluar makanan probiotik terkemuka di Jepun, Naomi turut bertindak sebagai ‘duta kecil’ yang menjelaskan kepada pelanggan manfaat minuman probiotik.

SIAPA YAKULT LADY

Yakult Lady ialah petugas wanita yang bertanggungjawab menghantar langganan produk Yakult dari rumah ke rumah secara kereta sorong, basikal, motosikal atau kereta.

Sehingga kini terdapat 40,500 Yakult Lady di Jepun dengan lebih 2,500 pusat Yakult Lady.

Naomi, yang bertugas sebagai Yakult Lady sejak dua tahun lepas, menjalani latihan selama sebulan sebelum menyertai Pusat Yakult Lady di Mizue.

“Tugas kami bermula pukul 9.00 pagi. Kami akan mengambil dan menyusun produk itu ke dalam kotak penyejuk sebelum menghantarnya kepada pelanggan”, kata Naomi.

Naomi berkata beliau gembira dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang. Tambahan pula aktiviti berbasikal setiap hari itu dapat menyihatkan tubuh badan dan mendidik masyarakat mengenai kesihatan.

“Semasa penghantaran, kami menjelaskan kepada pelanggan mengenai faedah Yakult dan bagaimana untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dengan pengambilan Yakult”, kata Naomi.

Jalinan perhubungan dengan pelanggan sehingga sampai ke tahap mesra ini sesungguhnya memberi manfaat kepada syarikat. Di Jepun, banyak produk Yakult dapat dijual menerusi Yakult Lady berbanding di pasar raya.

PELANGGAN SETIA

Penulis turut berpeluang menyertai Naomi berbasikal untuk menghantar produk Yakult dari rumah ke rumah di sekitar pekan kecil Mizue dan bertemu beberapa pelanggan setia Yakult.

Seorang daripada mereka ialah nenek yang mesra dengan panggilan Miss Kato, 70, yang mula mengamalkan pengambilan minuman Yakult sejak berusia 10 tahun.

Warga emas ini, yang gemar melukis, mengtinjauankan kraftangan serta bercucuk tanam masih cergas dan sihat tanpa mengalami sebarang masalah kesihatan.

Miss Kato memberitahu Bernama, beliau lebih senang mempercayai produk Yakult berbanding pengambilan ubat-ubatan bagi tujuan menjaga kesihatan tubuh badan.

“Arwah ibu mengesyorkan agar saya meminum Yakult kerana minuman itu membantu beliau (ibu) mengatasi masalah penghadaman”, katanya.

Miss Kato juga mengesyorkan minuman itu kepada jiran, yang kemudian turut mengamal minuman itu.

“Saya suka menamakan kawasan ini sebagai ‘Yakult Street’. Sekurang-kurangnya 10 rumah di sini melanggan penghantaran Yakult ke rumah dan meminumnya selalu”, katanya.

Seorang lagi pelanggan, Kazumi Sasaki, 43, juga menerima penghantaran Yakult ke rumahnya sejak empat tahun lepas untuk dua orang anaknya.

“Anak saya Hitomi, sebelum ini mengalami sembelit manakala anak lelaki, Tomoya, mudah mengalami batuk dan selesema. Tetapi selepas mereka mengamalkan minuman Yakult, masalah kesihatan jarang berlaku”, katanya.

SATU KERJAYA

Terdapat lebih 40,000 rumah di pekan kecil Mizue dengan jumlah penduduk kira-kira 90,000 orang.

Manakala seramai 24 Yakult Lady bertugas lima hari seminggu untuk menghantar produk Yakult dari rumah ke rumah atas permintaan penduduk setempat.

Timbalan Pengurus Jabatan Penghantaran Yakult Ke Rumah, Yasumi Kajibayashi berkata, kerjaya Yakult Lady bukan sekadar menghantar produk Yakult kepada pelanggan, lebih daripada itu ia menekankan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat agar sentiasa menjaga kesihatan.

Beliau berkata Yakult Lady adalah kerjaya yang menawarkan peluang pekerjaan tanpa mengira umur, dan dalam masa sama menyediakan peluang kepada pekerjanya menjalankan khidmat masyarakat.

“Yakult Lady yang termuda di sini berusia 24 tahun manakala yang tertua ialah 80 tahun, yang telah berkhidmat hampir 40 tahun,” katanya.

Kajibayashi berkata, antara kriteria untuk menjadi Yakult Lady ialah mempunyai kesihatan yang baik, kemahiran berkomunikasi dengan baik dan personaliti yang ceria.

Perkhidmatan Yakult Lady diperkenalkan sejak tahun 1963 dan turut terdapat di Jepun, Taiwan, Thailand, Korea, Filipina, Singapura, Vietnam, India, China, Brazil, Mexico, Indonesia dan Malaysia.

Yakult Lady di Jepun bekerja selama lima jam sehari dengan pendapatan Yen 92,000 (kira-kira RM3,000) sebulan. – BERNAMA
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

10 Orang yang mengaku pernah dibawa ke neraka

1. PDT. PHILLIP MANTOFA
Dibawa ke neraka oleh Tuhan tanggal 1 Januari 2000. Di sana beliau melihat bagaimana orang-orang yang tidak mengenal Tuhan disiksa oleh iblis terus menerus tanpa berhenti. Dia melihat jurang api tanpa dasar dan melihat wanita yang suka berselingkuh serta cowok yang suka masturbasi sedang disiksa.

2.`JENNIFER PEREZ

Dibawa Tuhan ke neraka pada tanggal 2 Mei 1997. Waktu itu umurnya baru 15 tahun. Di neraka dia melihat setan-setan menyiksa jiwa-jiwa yang belum diselamatkan. Ada yang dipancung, ada yang ditusuk-tusuk badannya. Pulang dari neraka dia langsung bertobat.

3. BILL WIESE

Beliau pernah ada di neraka selama 23 menit. Di sana dia merasa sendirian, ketakutan melihat setan sedang menyiksa orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan, melihat daging terbakar dan bagaimana baunya yang membuat mual. Pengalamannya di neraka ditulis dalam buku “23 Minutes in Hell.”

4. ELIZABETH
September 2001 pada saat sedang doa syafat di gerejanya, Elizabeth dibawa Tuhan ke neraka. Di sana dia melihat bagaimana orang-orang minta tolong supaya dilepaskan dari penderitaan abadi (penderitaan selama-lamanya) di neraka, tapi sudah terlambat. Kebanyakan dari mereka digerogoti ulat yang makan daging mereka dan ada pula yang dibakar oleh api (baca ALKITAB, MARKUS 9:43-48)

5. MARY KATRIN BAXTER

Seorang hamba Tuhan yang sering dikunjungi Tuhan ini dibawa ke neraka tahun 1976. Di sana di melihat ada lembah berbentuk mangkuk yang berisi api yang tidak pernah padam (sesuai dengan ALKITAB, MARKUS 9:43-48). Di dalam api itu ada orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan. Mereka dihukum disana selamanya. Kesaksian itu dibuat buku yang diberi judul "A Divine Revelation Of Hell.”

6. IAN MCCORMACK
Ian McCormack memang suka berenang. Suatu hari bulan Mei 1982, waktu sedang berenang di pantai dia disengat ubur-ubur. Dia langsung dibawa ke rumah sakit. Waktu dalam perjalanan ke rumah sakit itu, rohnya dibawa ke neraka. Neraka itu benar-benar gelap, tidak ada cahaya sedikitpun dan tidak bisa melihat apa-apa di sana. Tapi dia tahu, dari suara-suara yang ada di sekitarnya kalo dia sedang berada di neraka. Puji Tuhan, Tuhan mengeluarkan dia dari kegelapan dan membangkitkannya kembali.

7. (ALM) PDT. KENNETH HAGIN

Salah seorang hamba Tuhan yang pernah meninggal dan dibawa Tuhan ke neraka sampe 3 kali. Di neraka dia sempat mau dibawa masuk ke bagian terdalam oleh satu roh jahat, untungnya ada Tuhan (atau malaikat-Nya) yang mencegah Pdt. Hagin masuk. Kesaksiannya bisa dibaca di bukunya “Aku Pernah ke Neraka.”

8. P.S. DANIEL EKECHUKWU

Hamba Tuhan dari Nigeria ini mengalami kecelakaan mobil dan sudah dinyatakan meninggal. Tapi 3 hari kemudian dibangkitkan lagi oleh Reinhard Bonke. Selama 3 hari itulah beliau dibawa Tuhan ke neraka. Disana dia melihat orang-orang yang makan dagingnya sendiri, terus dimakan lagi. Terus begitu sampai selamanya.

9. REV. CHOO THOMAS

Hamba Tuhan ini terkenal dengan bukunya, “Heaven Is So Real”. Selain pernah ke surga, dia juga pernah dibawa Tuhan ke neraka sebanyak dua kali. Di neraka dia melihat orang-orang yang disiksa sampai mukanya tidak berbentuk lagi. Malahan dia tidak bisa mengenali neneknya sendiri.

10. BERNADA FERNANDEZ
Wanita latin yang tinggal di New York ini dibawa Tuhan ke neraka dan melihat proses penyiksaan abadi di sana. Yang membuat dia kaget adalah bahwa banyak orang Kristen yang dia kenal ternyata ada di neraka.

sumber: http://all-mistery.blogspot.com/2010/01/10-orang-yang-mengaku-pernah-dibawa-ke.html
Read More..

Ahli Bomba Arab Saudi Menendang Jatuh Orang yang Berusaha Bunuh Diri Video

Seorang lelaki di Arab Saudi berusaha bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari atas bangunan bertingkat. Petugas bomba  lalu dipanggil dan  datang dengan kaedah  penyelamatan yang cukup ekstrim tapi efisien.
 [link Youtube]
Walau pun  saya fikir lelaki   itu bakalan setidaknya mengalami sedikit terkejut, ia dinyatakan baik-baik saja.

via My Fox Phoenix
Read More..